Tuesday, January 7, 2014

Mangsa mengadu pernah diugut suami - Bapa


BATU GAJAH 6 Jan. - Bapa kepada mangsa bunuh, Norazlina Mohamed Saaid, 49, tidak menyangka kebimbangan anaknya sebelum ini yang pernah mengadu diugut suaminya sendiri benar-benar memberikan petanda buruk kepada wanita itu. Mohamed Saaid Ramli, 74, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu pernah menyuarakan ketakutan tersebut selepas melihat perubahan sikap suaminya, Ghazalee Ahmad, 58, yang berubah menjadi seorang pemarah sejak beberapa bulan lalu. Malah, katanya, Norazlina yang lebih mesra dipanggil Kak Chor itu juga pernah memberitahu bahawa dia bimbang apabila menemukan beberapa bilah pisau baharu dibeli menantunya yang disimpan di dapur rumah mereka di Shah Alam. "Anak saya pernah mengadu yang Ghazalee berubah menjadi seorang yang panas baran dan tidak mempedulikan rumahtangga. Jika dia marahkan Kak Chor, dia memang akan marah betul-betul malah pernah berkata yang anak saya tidak layak menjadi isterinya. "Kak Chor juga beritahu yang suaminya ada membeli beberapa bilah pisau baharu hingga menyebabkan dia bimbang dan tidak berani masuk ke rumah. Semasa diberitahu, saya tidak fikir keadaan akan jadi seteruk ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bendera di sini, hari ini. Mohamed Saaid yang merupakan bekas guru besar memberitahu, kali terakhir dia menemui anaknya itu pada Hari Raya Aidilfitri lalu tanpa kehadiran menantunya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Katanya, lelaki tersebut yang telah mengahwini anaknya sejak 30 tahun lalu itu telah dianggap sebagai anak sendiri dan dikenali sebagai seorang yang baik, pendiam dan menghormati orang tua."Malam tadi saya ada menghubungi Kak Chor, namun tidak berjawab. Beberapa kali saya cuba masih gagal. Saya hanya tahu mengenai kejadian ini sebaik sahaja dimaklumkan oleh salah seorang anak dan sangat terkejut menerima berita buruk ini," katanya.

Hasil perkahwinan pasangan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 20 dan 24 tahun serta seorang cucu perempuan berusia 2 tahun. Sementara itu, adik lelaki mangsa, Azlan, 42, berkata, dia mengetahui kejadian malang yang menimpa suri rumah terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum bergegas pulang ke Batu Gajah bagi memaklumkan kepada ibu bapanya. "Kakak seorang yang manja dan rapat dengan ibu dan bapa. Saya sangat terkejut dan tidak sangka abang ipar sanggup melakukan perbuatan ini malah tidak masuk akal langsung. "Bagaimanapun, kami terima ketentuan menimpa keluarga kami ini dengan reda. Saya juga sangat berterima kasih kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan kerana banyak membantu dalam proses membawa pulang jenazah," katanya.

Menurut Azlan, jenazah yang dijangka tiba di rumah ibu bapanya di Kampung Bendera kira-kira pukul 8 malam itu akan dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Terap di sini. - utusan
Hanya Allah yang mengetahui, semoga kita semua mati di kalangan orang-orang yang beriman.
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas