Friday, January 3, 2014

Kekecewaan Soo Wincci

Kosmo!: Menduduki tangga ke- 91 sebagai 100 wanita tercantik dunia 2013 sudah pasti mengujakan anda. Pernahkah menjangka akan pengiktirafan ini?

SOO WINCCI: Sama sekali tidak. Mungkin mereka nampak apa yang saya sedang lalukan sekarang. Selain sibuk dengan menyanyi, saya juga berlakon, menyertai rancangan MasterChef dan sedang menyambung pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) pada satu masa. Sebenarnya, ini cabaran lebih besar kepada saya kerana pada masa sama saya membawa nama Malaysia, ia sangat membanggakan.

Apakah yang dapat disimpulkan daripada pengiktirafan itu memandangkan anda juga mengalahkan nama-nama besar Hollywood seperti Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfried?

Ada hikmah sebenarnya dan tidak pernah terlintas dalam fikiran. Sehari sebelum mendapat berita itu saya hampir menyerah kalah dan berputus asa. Pengurusan Melayu saya tarik diri dan musnah sama sekali, saya sendiri perlu bergerak sendiri untuk mempromosikan diri. Kemudiannya, bisnes kasut saya, Soo Wincci by XES terpaksa dihentikan kerana didakwa menggunakan nama hampir sama dengan salah sebuah syarikat kasut terkenal antarabangsa. Kontrak duta bersama beberapa produk kecantikan juga telah ditarik balik. Semua berita buruk itu datang serentak dan saya hanya mampu menangis sepanjang masa.

Apabila terjadi perkara yang membabitkan pengurusan Melayu sehingga menjejaskan emosi dan kerjaya anda, adakah selepas ini anda sudah serik?

Saya tidak serik dan akan menggantikan pengurusan Melayu saya dengan pengurusan baharu. Orang akan datang dan pergi dan masa akan membuktikan segalanya. Syukur, sekarang saya ada pengurusan lain yang mengatur jadual saya di Malaysia dan Taiwan.

Bagaimanakah pula dengan masa depan bisnes kasut Soo Wincci by XES anda? Adakah mungkin akan dijenamakan semula?

Kami perlu menghabiskan semua koleksi stok yang sedia ada sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan buat masa sekarang saya menghentikan seketika bisnes kasut sehingga betul-betul bersedia. Memang sedih tapi saya pasrah.

Bagaimana anda bangkit semula daripada kegagalan itu?

Saya tanamkan dalam minda, saya perlu hadapi itu semua sendirian, tidak boleh mengalah dan harus berjuang. Saya menyimpan impian untuk menembusi pasaran Hollywood dan saya perlu berusaha, setiap ujian pasti akan ada kemanisan akhir nanti. Ini suatu petanda supaya saya tidak berputus asa. Apa yang orang luar nampak, cantik di depan tidak semestinya di belakang pun sama.

Anda kelihatan seperti cuba mengejar semua perkara dalam hidup, bagaimana aturan hidup yang direncanakan sepanjang tahun 2014?

Saya sedang merakamkan album antarabangsa kedua saya di Taiwan dan sekarang berulang-alik ke Malaysia. Ada dua buah lagu (Happiness dan Not Brave) berjaya memasuki carta negara Taiwan dan saya perlu sentiasa berada di sana untuk mempromosikan produk saya. Disebabkan jadual padat, saya cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk menamatkan PhD saya sebelum mencapai usia 30 tahun. Selain itu saya akan berkolaborasi dengan seorang penyanyi dari China serta menyasarkan untuk bekerjasama dengan Shila Amzah di sana. - kosmo

Walaupun masih lagi muda, sudah banyak yang dikecapi, saya tak hairan satu masa nanti Soo Wincci akan jadi satu jenama yang terkenal bertaraf antarabangsa. Sebab Soo Wincci bukan jenis orang yang cepat mengalah.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas