Tuesday, January 14, 2014

Kandungan Isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan

Pierre Andre semasa tayangan filemnya yang berjudul Muka Surat Cinta semalam, telah menjelaskan yang sebelum ini dia pernah memberitahu bahawa dia dan isterinya sudah mengandung dan bakal melahirkan seorang bayi. Tetapi bulan lepas dia dan isterinya telah bersama-sama melakukan pemeriksaan dan mendapati bahawa kandungan isterinya itu perlu digugurkan kerana demi menjaga keselamatan dan juga kesihatan isterinya. “Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga”

“Ceritanya apabila kami melakukan pemeriksaan pada masa yang ditetapkan iaitu 13 minggu usia kandungan dan doktor mendapati bahawa kandungan isteri terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah dan ini boleh mengancam keselamatan isteri saya” “Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang,” katanya. kepada rotikaya.
Semoga dimurahkan rezeki untuk mendapat cahaya mata sekali lagi. Ini semua sudah ketentuan Allah, kita hanya mampu berusaha.
Penaja
Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas