Thursday, January 23, 2014

Kami sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami : Nurul Izzah




Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya memohon supaya semua pihak memberi ruang untuk menyesaikan isu peribadi yang melanda rumah tangga mereka. Mereka berkata demikian melalui kenyataan media yang dibuat secara bersama oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim yang dikeluarkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, hari ini. Mereka berkata keluarga dan masa bersama adalah menjadi keutamaan ketika ini. "Kami sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami. Kami sedang berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. "Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan memohon semua pihak supaya diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini,” kata mereka. - metro
Nurul izzah dah bagi statement tak minta fasakh, betul la tu. Kita berdoa yang terbaik untuk rumahtangga ni aman bahagia. Teringat lagu P Ramle, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Semua orang akan melalui saat-saat sukar dan mencabar dalam rumahtangga. Hanya orang-orang yang bersabar akan beroleh kebahagiaan, sebab tiada manusia yang sempurna.

Penaja

Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas