Thursday, January 23, 2014

Kakitangan Skim Gores dan Menang Kena Belasah Sampai Pengsan

SEREMBAN: Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat itu.Tiga pekerja berkenaan lebam di bahagian muka manakala seorang pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan ringgit.- metro
Itulah memang tak ada untung kalau meniaga dengan cara menipu. Satu masa nanti orang akan dapat tahu juga dalang orang yang menipu ni. Minta-minta jauhkanlah dari si penipu-penipu. Kesian pada warga tua yang penat menyimpan masa muda demi masa tua tiba-tiba hilang terus akibat skim cepat kaya ni.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas