Monday, January 27, 2014

Juara Lagu BAHAGIAMU Deritaku

BAHAGIAMU Deritaku, lagu nukilan pasangan suami-isteri Ly dan Baiduri yang disampaikan Hafiz diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, sebentar tadi. Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang RM35,000 beserta trofi. Hafiz melalui persembahan penuh emosi tatkala menyampaikan lagu itu turut diumumkan pemenang Persembahan Terbaik sekaligus menerima hadiah wang tunai RM10,000. Untuk lagu sama juga, Hafiz melakar satu lagi kejayaan apabika menerima anugerah X-pax sebagai lagu terbanyak dimuat turun. Manakala tempat kedua, lagu ciptaan dan nyanyian kumpulan Hyper Act serta lirik oleh Frozen memenangi tempat kedua sekaligus membawa pulang RM15,000 termasuk trofi. Sementara tempat ketiga menyaksikan kolaborasi antara Altimet dan Awi Rafeal menerusi lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omak K dan Audi Mok serta lirik oleh Altimet, diumumkan pemenang tempat ketiga. Mereka menerima ganjaran RM12,000 beserta trofi. Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku, berjaya merampas gelaran Vokal Terbaik yang disandang Hafiz selama tiga tahun berturut-turut. - hmetro
Tahniah pada Hafiz atas kemengan, memang super power. Lirik pun sedap.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas