Wednesday, January 22, 2014

Janda Dibakar Hidup-hidup akibat dendam

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Pertarungan_Antara_Dua_Alam?id=D6WaAgAAQBAJKuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman lelakinya, semalam.Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini. Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL). Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan. Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak.- hmetro
Kesiannya tak sanggup nak tengok wajah dan tubuh sendiri kalau sedar diri dah tak ada harapan. Apa punya lelaki tak guna, sebab cinta ditolak sanggup membunuh. Ada ramai lagi yang boleh terima dia. Kesian semoga Allah berikan yang terbaik untuk ibu dan anak ini. Ini adalah posting terakhir sebelum dirinya terbakar. Kesian kat anak-anak dia. Dia seorang ibu yang penyayang.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas