Wednesday, January 1, 2014

Indonesia Paling Kerap Diserang Hacker

Jakarta: Indonesia adalah negara paling banyak menjadi sasaran serangan siber di dunia pada 2013, menurut laporan akhir tahun Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Menterinya, Tifatul Sembiring, memberitahu media Jumaat lalu, Indonesia menghadapi lebih 1.2 juta serangan siber tahun ini atau kira-kira 42,000 kali sehari. Amerika Syarikat di tempat kedua dengan 332,000 serangan, katanya. Bagi Tifatul, jumlah ini menunjukkan kawalan keselamatan internet negara yang lemah. “Penggodam biasanya cuba memecah masuk laman web kerajaan dan universiti selain akaun sosial media ahli politik. “Tujuh puluh peratus serangan ini, yang terdiri daripada ‘phishing’ hingga ‘malware’ adalah dari sumber tempatan.”

Menurut Tifatul, ini adalah antara kesan negatif peningkatan rakyat Indonesia dengan capaian internet.
“Tahun lalu, Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Indonesia (APJII) mengumumkan bahawa 63 juta rakyat Indonesia atau 24 peratus penduduk kerap menggunakan internet. “Tahun ini, jumlah itu meningkat kepada 74 juta. Saya percaya motivasi terbesar yang mencetuskan serangan siber ini adalah perasaan ingin tahu. “Kami tangkap pelajar sekolah tinggi menggodam laman web kerajaan, justeru kita perlu sebar kesedaran mengenai Undang-undang urus niaga dan Maklumat Elektronik (ITE),” katanya. - AGENSI

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas