Wednesday, January 1, 2014

Dato Siti Suda Ada Perancangan Sekirannya Sudah Tidak Lagi Popular

Siti. 19 tahun, dengan hanya pada setahun pertama sahaja beliau perlu mencari pintu yang betul bagi keluar dan memacak empayarnya sekukuh hari ini, baki 18 tahun lagi, Siti masih berada pada posisi paling atas dan belum pernah tergantikan sehingga saat ini. Muncullah penyanyi yang begitu atau begini, akhirnya tetap tidak dapat menewaskan kredibiliti dan populariti Siti. Siti, masih nombor satu! Begitu tanggapan banyak orang.
Jauh sekali bermegah, memberitahu dunia, 'ya, sayalah Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara!' "Jika Siti punya pemikiran begitu, maka Siti akan sentiasa rasa disaingi. Siti langsung tak tanamkan hal itu dalam diri dan hati Siti. "Siti tak mahu memikirkan apakah kedudukan Siti, nombor satu atau nombor berapa, sebaliknya apa yang Siti fikir dan fokus adalah tentang kerja," jelasnya dengan nada suara tegas. Jelas wanita berusia 34 tahun ini lagi, beliau sedar diri. Hidup umpama roda. Setiap hari beliau bersedia, andai tiba gilirannya sudah tidak lagi dipuja, beliau mahu berada di bawah atau berundur dengan baik."Pada masa akan datang, sekiranya sudah tiba Siti barangkali tidak lagi aktif menyanyi dan tidak lagi dipuja, Siti akan tetap berada dalam industri ini.

"Siti mahu bekerja di belakang tabir bersama SN Production (SNP) serta aktif dengan Simply Siti untuk menjana ekonomi Siti pada saat itu," ujarnya yang tidak menolak, faktor beliau akan mula mengendurkan aktiviti seninya, jika diberi rezeki mempunyai zuriat.

 - kosmo. Memang respek dengan Dato Siti, kalau pun dia dah tak tak lagi popular dia dah capai segalanya. Semoga mendapat zuriat bagi melengkapkan keluarga. amin




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas