Tuesday, January 7, 2014

Damia Irsalina Comel dan Istimewa


HULU TERENGGANU - Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Semalam, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Mohd. Jusoh berkata, pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain. - kosmo. Semoga kanak-kanak ni tabah menghadapi dugaan bila dia membesar nanti. Masa kecil kita tak tahu apa itu rasa putus asa, malu, penat dan mengalah, semuanya kita fikir positif saja, bila kita besar macam-macam perasaan negatif yang timbul. Hanya orang yang kuat, sabar dan positif akan terus hidup walaupun dengan serba kekurangan. Sedap namanya.

Novel Bersiri Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong


http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas