Friday, January 24, 2014

Cuaca Macam Eropah di Kuala Krai

KUALA KRAI: Suhu serendah 17 darjah Celsius yang direkod di sini sejak Rabu lalu menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk bagi memanaskan badan. 
Tinjauan di dua tempat beriadah popular iaitu Taman Tasik Kuala Krai dan Taman Cinta Wangsa, mendapati ramai penduduk melakukan aktiviti riadah lebih lewat daripada kebiasaan berikutan kabus tebal yang menyelubungi kawasan itu. "Selain itu, saya terpaksa memakai tiga lapis baju, termasuk baju sejuk,
kerana suhu yang lebih sejuk berbanding minggu lepas," katanya kepada Bernama 
hari ini. Guru, Abd Aziz Daud, 42, dari Sungai Pas pula menyifatkan keadaan suhu yang rendah di kawasan pedalaman itu adalah luar biasa dan ada murid terpaksa memakai baju sejuk walaupun pada sebelah tengah hari. "Bukan sahaja murid malah guru sendiripun ada yang memakai baju sejuk kerana
tak tahan dengan keadaan itu. "Bagaimanapun, murid masih datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran
tidak terjejas walaupun keadaan suhu yang rendah di kawasan pedalaman," katanya. Seorang lagi penjawat awam, Norazita Ismail, 36, dari Guchil 3, berkata
beliau terpaksa mandi menggunakan air panas sebelum ke tempat kerja. "Nak sentuh air pun saya rasa takut, terutama ketika hendak solat Subuh. Air
terlalu sejuk... terasa seperti menyentuh ais pada waktu pagi ketika nak
berwuduk. "Mujur kereta tak meragam dan dapat dihidupkan seperti biasa walaupun keadaan sejuk pada waktu pagi. Pukul 9.30 pagi pun masih berkabus," katanya. - metro


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas