Wednesday, January 29, 2014

Che Ta Nak Hadiahkan Anak Lelaki Pada Zain

Hampir enam minggu kami berkahwin, terus terang saya memang mengharapkan hamil dalam masa terdekat. Usia pun bukannya muda tapi sudah 40-an. Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya hasil perkahwinan dengan bekas suami dulu pun sudah berusia 16 tahun.
Pun begitu, ada juga bimbang sebab wanita 40-an dikatakan berisiko untuk mengandung. Mungkin di luar kita nampak sihat, tetapi dalam badan kita tak tahu sama ada masih kuat atau tak? Apa pun saya berharap saya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengandung.
Walaupun saya sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan pertama dulu, tetapi tentunya Zain mahukan zuriatnya sendiri. Saya ingat kalau saya dapat hadiahkan seorang anak untuk Zain pun dah jadilah. Tapi mengenangkan dia mahukan anak lelaki sementara saya pula nakkan anak perempuan, nampaknya kenalah mengandung 2 kali.
Zain mahukan anak lelaki kerana katanya boleh buat kawan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah tidak kira bayi lelaki atau perempuan, yang penting anak cukup sifat dan sihat. - katanya kepada hmetro
Semoga Che ta dapat zuriat anak yang soleh dan berbakti pada ibubapa. Perempuan yang mengandung selalu berdoa agar anaknya selamat dan sihat. Semoga terkabul hajat yang murni ini.


Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas