Friday, January 17, 2014

Beli rumah RM 1 juta Persediaan Perkahwinan

DIAM-diam merisik anak dara orang. Tetapi jangan anggap semua dilakukan secara mengejut tau. Ia adalah persediaan yang telah dirancang awal oleh bakal pengantin dan keluarga mereka, cuma tidak menghebahkannya kepada orang lain, termasuk media.

Dan nampaknya, pengarah muda Syamsul Yusof memang sudah benar-benar bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai suami orang. Hits mendapat tahu, dalam usia 30 tahun, pengarah KL Gangster ini sudahpun mempunyai pelbagai aset, termasuklah baru saja membeli sebuah rumah bernilai lebih RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur.

Syamsul juga sebelum ini memandu kenderaan mewah jenis Hummer yang tidak akan mampu dipakai oleh anak muda biasa kecuali anak orang kaya dan ternama. Hebat dan bertuah sungguh anak produser jutawan ini, memang jadi cemburu banyak pihak.

Ia datang daripada usaha Syamsul sendiri, dibantu oleh doa dan semangat kedua ibubapanya yang tidak pernah lokek memberi. Sebab itu, Pegarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan ke-24 (2010 dan 2011) ini mendapat rezeki yang murah, atas doa dan semangat kedua ibubapanya. Seharusnya perlu jadi dorongan kepada anak muda lain juga untuk berjaya.

Bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam pada awalnya enggan bercakap soal peribadi anaknya itu. Menganggap ia sebagai urusan keluarga, menurut Yusof, adalah kurang manis kalau dia bercakap bagi pihak anaknya. Namun setelah diberitahu agak sukar untuk mendapatkan komen tuan punya badan sendiri, Yusof seperti biasa, tidak akan menghampakan pihak media yang bertanya.

Dia tidak menafikan, beberapa persediaan sudah dilakukan oleh Syamsul dalam melalui fasa baru kehidupannya untuk bergelar suami orang.

"Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak," kata Yusof.

Menurut Yusof, Syamsul selama ini telah bekerja keras dan tidak salah jika ingin menghargai diri sendiri dengan memiliki rumah kediaman mengikut keupayaannya diri. "Saya memang mengalakkan anak-anak supaya menyimpan, buat aset sedari muda. Ia bukan untuk saya dan isteri, tetapi untuk mereka sendiri kerana selepas ini, merekalah yang akan meneruskan kehidupan dengan keluarga masing-masing."Saya dan isteri sudah tua, sampai masa kami akan pergi menghadap Illahi. Mereka akan tinggal dan meneruskan legasi kami. Saya harap selepas ini mereka akan meneruskan apa juga perkara baik yang pernah kami suami isteri lakukan," kata Yusof lagi. - utusan





Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas