Tuesday, January 7, 2014

Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon di ambang maut

BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang koma sejak 2006 kini di ambang maut selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot. Pengarah Hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein berkata, sistem kardiovaskular pemimpin berusia 85 tahun itu stabil tetapi fungsi organ lain semakin merosot.

"Beliau semakin tenat setiap hari dan boleh dikatakan beliau berada dalam keadaan amat kritikal," kata Rotstein. "Dua anak lelakinya kini menemani Sharon pada setiap hari," tambahnya.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel. Beliau
yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006. Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon. Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut. Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin. Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut. Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. - Agensi
Ya Allah! berikanlah balasan yang setimpal pada mereka yang menzalimi hamba-hambaMu yang beriman, amin. Semoga roh-roh orang yang islam yang telah diseksa dengan kejam di Palestine dan di Lebanon berada di kalangan orang-orang yang diredhai dan dirahmati. Tak sanggup rasanya nak tunjukkan kekejaman orang islam di palestine. Marilah kita sentiasa berdoa atas keselamatan mereka di sana, kalau ada duit berikanlah sumbangan pada pejuang-pejuang yang masih lagi hidup.





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas