Thursday, January 9, 2014

Bekas Isteri Pelakon Popular Terjebak Diugut Dengan Dadah

Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan. Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah. “Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul. “Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah,” kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan. Zue berkata, selepas bercerai dengan bekas suaminya dia bekerja di sebuah kelab malam di ibu kota dan ketika itulah dia berkenalan dengan teman lelakinya itu iaitu pada awal 2012.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas