Friday, January 24, 2014

Bakal Pengantin Kantoi Miliki Senapang

KUALA TERENGGANU - “Saya merayu diringankan hukuman kerana saya bakal berkahwin pada April nanti. Lagi pun saya memang langsung tidak tahu yang memiliki senjata itu merupakan satu kesalahan. Demikian rayuan Mohd Zulkifle Wahab, 32, selepas dia mengaku bersalah di mahkamah majistret semalam, memiliki selaras senapang angin tanpa lesen yang sah.

Bagaimanapun, buruh berkenaan didenda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Mohd Zulkifle mengaku bersalah memiliki selaras senapang angin tanpa lesen sah di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Ujib, Manir, di sini, pada 4 April 2011, kira-kira jam 5.20 pagi.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat kegiatan dadah, pada 4 April 2011, kira-kira 5.20 pagi, sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah membuat satu serbuan di sebuah rumah iaitu milik Mohd Zulkifle. Walaupun pintu diketuk beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai polis, namun penghuni di dalam rumah tetap berdegil dan enggan memberi kerjasama menyebabkan pihak polis terpaksa memecahkan pintu hadapan rumah berkenaan. Tertuduh ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah dan hasil pemeriksaan, polis menjumpai selaras senapang angin tersangkut di tepi dinding di dalam biliknya. Hasil soal siasat, Mohd Zulkifle mengaku senapang angin itu adalah miliknya untuk kegunaan sendiri. - berita sinar
Nasib baiklah kena tangkap sebelum kahwin, buat bakal isteri dia kenalah fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang punyai senjata. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu sebelum terlambat.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas