Thursday, January 23, 2014

Bagaikan Cuaca di Eropah di Jertih Sekarang

JERTIH: Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam. Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur. Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.


Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi. Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.

"Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut."Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.

Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu. Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.

Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya."Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk. - hmetro
Feredea suka bila cuaca dalam belasan celcius. Umpama berada di negara 4 musim seperti di Spain dan Italy. Kalau di Scotland cuaca terlampau sejuk mencecah negative celcius. Itu baru sejuk, setakat kain batik ni tak lepas.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas