Friday, January 24, 2014

Awie lega apabila mendapat persetujuan daripada isterinya, Rozana Misbun, untuk ‘bercinta semula’ dengan Erra Fazira.

Penyanyi & pelakon, Awie lega apabila mendapat persetujuan daripada isterinya, Rozana Misbun, untuk ‘bercinta semula’ dengan Erra Fazira. Namun hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula nostalgia filem yang fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’. Pementasan konsert berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri.

“Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya haru jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang” “Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana,” kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam.

Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas ‘mendapat restu’ daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara lantang itu menyambut baik idea projek tersebut.- rotikaya

Mana-mana isteri akan rasa cemburu bilamana suaminya bertemu semua dengan bekas kekasih atau bekas isteri yang lama. Tapi seorang selebriti dan pelakon mengangap ianya satu daya tarikan orang ramai untuk mengetahui tentang produk teater mereka. Sudah pasti mesti ada peminat-peminat cerita zaman kegemilangan Erra, Awie dan Ziana pada masa tu akan datang dan tengok teater.
Wapkan Wajah Anda Setiap Hari Pasti Nampak Lebih Cerah, Lembut dan Lebih Muda dari Usia

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas