Friday, January 24, 2014

Anak Ziana Bagi Nasihat Pakai Tudung

Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia.bersekolah di mana.

Budak-budak sekarang ni dah semakin matang. Kalau budak tu cerdik dia tahu bezakan yang mana baik dan buruk. Moga-moga Ziana terbuka hatinya untuk menutup aurat. Apa yang penting keikhlasan, setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas baru lah dipandang mulia di sisi Allah. Kesucian dalaman itulah yang utama.

Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas