Thursday, December 12, 2013

Wanita 23 Tahun Diekori Lelaki Pulang Kerja Lewat Malam

Seorang wanita berusia 23 tahun menceritakan pengalamannya diganggu lelaki warga tempatan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.  “Pada hari kejadian, saya tidak memandu kereta seperti biasa ke tempat kerja kerana memikirkan keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur yang sesak. Jadi saya ambil keputusan untuk menggunakan LRT. “Kejadian berlaku bila nak pulang ke rumah pada malamnya. Saya diekori seorang lelaki. Ketika itu memang peluh halus sudah keluar di dahi. Saya mati kutu, tak tahu apa nak buat. Panik keseorangan. Disebabkan terlalu bimbang kerana lelaki itu masih mengekori, saya menelefon kawan serumah untuk mengambil saya di sebuah restoran berdekatan. “Sementara menunggu kawan, lelaki itu masih tidak berganjak. Saya semakin takut, lalu segera ke balai polis terdekat bagi mendapatkan perlindungan. Kemudian baru lelaki terbabit beredar. “Sekarang saya tidak lagi berani untuk pulang lewat ke rumah dan sentiasa membawa alat bantuan kecemasan seperti serbuk cili dalam tas tangan,” katanya yang bekerja di bidang pemasaran di KL - metro
----
Jadi hati-hatilah, kita boleh ambil pengajaran dari sis ni yang pandai menyelamatkan dirinya....
Sinar Jahitan
Jom klik jubah, dress blouse, murah, cantik terus dari pemborong!

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas