Sunday, December 29, 2013

Universiti Al Azhar dibakar

KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan. Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan. Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis. Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut. Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu. Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata. Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar. Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba. - kosmo. Universiti tempat pengajian islam paling terulung dah di bakar. Apa pula kejadian lain yang akan datang di Mesir. Kesian aku dengan orang-orang islam di luar sana, macam-macam musibah melanda, semoga ia menjadi pengajaran bagi kita agar dapat pertingkatkan amalan dan usaha agar dapat membela orang-orang yang susah di luar sana, dan tingkatkan kesyukuran semoga Allah akan tambah kenikmatan amin.

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas