Monday, December 2, 2013

Tiga Beradik Percayai Dibunuh

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini terpaksa menerima hakikat kehilangan tiga anak perempuan mereka serentak apabila ketiga-tiganya ditemui mati di dua lokasi berasingan kelmarin dan semalam. Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel oleh penduduk kampung pada pukul 3.45 petang kelmarin di kawasan bendang di Alor Senibong, Langgar, kira-kira enam kilometer dari rumahnya. Dua lagi mangsa, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, pula ditemui 24 jam kemudian dalam keadaan terapung di terusan MADA, Kampung Padang Petani dekat Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi Noor Syafikah dijumpai. Mayat Nur Izzati dan adiknya yang lengkap berpakaian ditemui pada jarak 200 meter di tepi terusan tersebut. - kosmo




-------------------
Innalillah...semoga ditempatkan roh di kalangan orang-orang yang beriman. Siapa lah yang tergamak nak bunuh tiga beradik ni...tak dapat bayangkan betapa sedihnya kedua ibubapa anak-anak ni...kesian sangat

Penaja

Sinar Jahitan

Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...