Wednesday, December 25, 2013

Nurul AF2 Menang Kes Saman Melodi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam sebuah program hiburan, dua tahun lepas. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada Nurul dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua. Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi. Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu. Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu. Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - media hiburan. Aku rasa memang patut pun artis ni menang dalam rancangan melodi. Kita faham sebagai wartawan hiburan nak dapatkan isu, tapi berpada-padalah. Kalau dah takada isu, carilah isu negeri indonesia atau singapore ke. Citer pasal skandal, kahwin bukannya boleh dapat selalu. Jadi tak payah nak buat fitnah. Nanti sendiri yang merana.
Diskau Hebat!



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas