Wednesday, December 11, 2013

Makan Sushi Boleh Bawa Darah Tinggi

SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3. Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat. Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh. Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil. Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah. - kosmo
----
Nasib ler aku tak pernah makan sushi ni...rasa teringin tapi nak cuba satu je le...hehehe


Penaja

Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas