Sunday, December 29, 2013

Lofa Bersemangat Untuk Berjaya Tahun 2014

Menginjak tahun baru yang berbaki dua hari lagi, ramai sudah memasang azam. Tidak ketinggalan bintang jelita, Neelofa atau Lofa, 24, meletakkan kerjaya dan perniagaan sebagai keutamaan tahun 2014 ini. Azam dibuat tidak sekadar disematkan dalam hati sebaliknya, pengacara dan pelakon popular itu menunjukkan
kesungguhan dengan membuat beberapa perancangan agar apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

Usaha pertamanya ialah mengikuti khusus lakonan jangka pendek di New York Academy of Arts (NYA) cawangan Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan bakat lakonan agar kehadirannya dalam industri seni tempatan dilihat lebih serius. Lofa akui, apa yang ingin dilakukan sepanjang 2014 sudah difikirkan pertengahan tahun lalu dan ia disertakan dengan rangka kerja agar semua perancangan dapat direalisasikan. “Sebab itu juga sebaik tahun baru membuka lembaran, saya harus terus bergerak. Untuk jadi bagus dan terbaik, saya harus ada ilmu. Dengan ilmu saja kita akan lebih berkembang. - hmetro
Tahniah, semoga Lofa berjaya dalam kerjayanya. Amin

Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas