Wednesday, December 4, 2013

Komplot Mencuri 5 Beranak


Keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun serta seorang gadis belasan tahun datang ke kedainya dengan berpura-pura menjadi pelanggan. Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, peniaga terbabit, P.Raman, 81, berada di kedai sebelum didatangi empat sekeluarga yang mahu membeli akhbar di kedainya. Manakala, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit menunggu dalam kereta. Menurut Raman, salah seorang ahli keluarga dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu kemudian membeli sampul surat. “Dia juga bertanya kepada saya untuk memecah sekeping wang RM50 kepada helaian RM10 kerana mahu memberi kepada tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwin.

“Saya memang tidak teringat ini bulan puasa, mana ada orang Melayu buat kenduri kahwin. Sebab tu, saya tidak terfikir ini satu helah. Mungkin mereka mahu tahu mana saya simpan duit,” katanya. Menurutnya, dia kemudian memecahkan wang dengan duit disimpan dalam beg kecil yang diletakkan dalam laci kaunter.

Dalam masa sama, katanya, anak gadis keluarga terbabit mengambil inai pewarna rambut yang dijual di kedainya dan meminta kebenaran menunjukkan kepada ibunya yang tinggal dalam kereta terlebih dulu.

“Tidak lama kemudian, si anak itu datang kepada saya dan menyatakan ibunya tidak tahu menggunakan inai itu. Dia minta saya ajarkan. Lima minit saya terangkan kepada ibunya macam mana menggunakan inai berkenaan sebelum saya kembali semula ke kedai,” katanya.Raman bagaimanapun berkata, sebaik saya masuk ke kedai, kesemua ahli keluarga itu bergegas keluar dari kedai dan berlari masuk dalam kereta. “Saya mula syak sesuatu tidak kena apabila melihat beg saya berisi duit lesap. Semua wang dalam laci meja juga hilang,” katanya yang menganggarkan kehilangan wang tunai sekitar RM600. - sinar
---------------
Aku tak tahu sejak akhir-akhir ni, ramai lelaki / wanita mempergunakan budak-budak untuk menipu. Tak kesian ke dengan budak-budak tu...sebelum ni minta sedekah sekarang teknik menipu satu keluarga pulak.

Penaja

Sinar Jahitan

Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas