Friday, December 27, 2013

Kekasih Larang Berpeluk Antara Sebab Izara Aishah Tangguh Kahwin

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga. Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti."Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya kepada mStar Online. "Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini. "Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut. Izara turut bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan. - mstar. Memang kalau dah berkahwin perempuan pasti jadi milik suami, kalau belum bersedia

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas