Thursday, December 19, 2013

Kakak Bawa Adik Kunci Bilik

TANJONG KARANG - Tindakan pantas seorang kanak-kanak mengunci pintu bilik bersama dua adiknya sebaik sahaja mendengar tingkap dapur dipecahkan berjaya menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa samun di Taman Nilam, pagi semalam. Walaupun baru berusia 10 tahun, namun Norsyahmina Nuri bijak membawa dua adiknya yang masih kecil ke dalam bilik sebelum menghubungi ibunya yang ketika itu sedang bekerja di sebuah klinik di Bestari Jaya. “Masa itu, ayah keluar sekejap sebab nak pergi hospital dan sempat berpesan kepada kami supaya tidak keluar rumah atau membuka pintu jika ada orang tak dikenali datang.
“Jadi saya dengan adik-adik pun tengok cerita kartun kat televisyen sebelum terkejut bila dengar bunyi bising dan orang cakap-cakap kat belakang dapur. Masa tu saya takut sangat sampai nak menangis tetapi cepat-cepat bawa adik masuk dalam bilik dan kunci. “Sebelum masuk bilik, saya dengar bunyi suara lelaki lebih dari satu... ada suara orang Indonesia, India dan Melayu... suara mereka bercakap kuat macam nak pecahkan tingkap sebab nak masuk. “Dalam bilik, saya cepat-cepat telefon ibu dan suruhnya balik sebab bunyi kuat kat dapur menakutkan kami,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu ditemani ibunya, Rosmah Ismail, 40. Meskipun sedar ada anak-anak kecil di dalam rumah itu, suspek dipercayai tetap masuk dan mencari barangan berharga bagaimanapun sempat melarikan diri tidak lama selepas itu setelah menyedari kehadiran polis dan orang ramai. - Berita sinar
Dapatkan Fesyen Muslimah Terkini

1 comment:

  1. BERINA -JUS SUNNAH UTK MINDA....RM38/15SACHET
    Pastikan anak2 anda telah berBERINA C+ sebelom ke sekolah. Jus minuman sunnah mengandungi 7 jenis herba sunnah kaya dgn VITAMIN C untuk kecerdasan otak dan membina IQ yg tinggi. Mana yg tak sempat breakfast pastikan anda bekalkan mereka 2 sachet utk kecergasan tubuh dan minda di waktu pagi dan petang. Mudah dibawa ke mana2 sahaja. Terus diminum dari sachet.

    Berfungsi untuk: ~Prebiotik ~Tenaga Aktif ~Minda Sihat Cergas ~Kuat Daya Ingatan ~Sel Darah Sihat ~ Immunisasi Badan ~Nutrisi Semulajadi
    ~Elok jika alami sembelit

    Khasiat terdiri drp:
    1. Estrak Saffron 2. Habatusauda 3. Kismis 4. Madu 5. Buah Tin 6. Delima 7. Gam Arab

    Jom pm fb sy utk maklumat lanjut :Link FB@Page:https://www.facebook.com/lea .yusop.9?fref=ts

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas