Monday, December 30, 2013

Fathia merupakan gadis pertama yang saya bawa berjumpa dengan keluarga. - Aiman

Adakah hubungan Aiman dan Fathia sekarang ini sudah memasuki alam percintaan atau kekal berkawan seperti biasa?

AIMAN: Sehingga kini hubungan kami masih rapat seperti biasa, tetapi ia tidak bermakna yang kami ini bercinta. Rasanya tiada faedah kalau saya nyatakan yang Fathia merupakan kekasih saya. Sama ada kami ini bercinta atau tidak, buat masa ini masanya masih lagi belum sesuai kerana cinta akan hadir sekiranya kami ada jodoh dan ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti.

Apakah yang membuatkan Aiman begitu berat untuk memperkatakan status sebenar hubungan kamu berdua?

Pertama sekali, saya dan Fathia ada keluarga dan kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing. Apa yang boleh saya jelaskan yang kami masih lagi dalam proses untuk kenal dengan lebih rapat lagi. Mungkin ada yang sukar untuk menerima penjelasan yang dibuat ini, tetapi saya berpendirian sebegini kerana belajar daripada pengalaman kisah saya yang lalu dan menjadikan saya lebih berhati-hati.

Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap hubungan rapat kalian berdua?

Sebenarnya, saya dan Fathia sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan mereka tidak menghalang hubungan kami. Saya akui, Fathia merupakan gadis pertama yang saya bawa berjumpa dengan keluarga. Kalau boleh, dalam hubungan yang terjalin ini saya tidak mahu meminggirkan keluarga. Jadi, sebab itu saya bawa Fathia berjumpa dengan mereka.
Sumber kosmo


http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas