Monday, December 23, 2013

Diana Isteri Aaron Aziz Bertudung Selepas Balik dari Hong Kong

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali perubahan yang dilakukan Diana pada hari ini. Saya agak pelik sedikit kerana selalunya orang baru balik dari umrah yang akan memakai tudung tetapi ini amat berbeza sekali dengan Diana kerana selepas pulang dari Hong Kong dia terus berubah untuk memakai tudung. Inilah kuasa Allah tidak kira di mana sahaja kita berada dan sekiranya dia berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia, Saya tidak pernah paksa Diana untuk memakai tudung. Saya sendiri lebih suka untuk berikan peringatan & nasihat buatnya. Biarlah dia memakai tudung secara ikhlas dan kerana memenuhi tuntutan Islam. Bukan bertudung kerana suami,” - Aaron

“Bersyukur kerana akhirnya saya sudah bertudung walau pun masih belum berlitup penuh lagi. Saya sekarang masih perlahan-lahan dalam menyesuaikan imej saya yang baru ini” Apa yang membuatkan saya memakai tudung ini juga adalah disebabkan Aaron yang suka menunjukkan video-video seperti tanda-tanda hari kiamat seperti salji yang turun di bumi Mesir dan sebagainya,” Saya berharap di kesempatan ini peminat-peminat Aaron dapat mendoakan perubahan imej saya dan saya akan cuba perlahan-lahan untuk bertudung dengan cara yang betul berlandaskan ajaran Islam,” tambah Diana lagi berharap.

“Selepas ini mesti ada yang suka dan tak kurang juga akan mengutuk tetapi saya tidak kisah kerana itu semua menjadi lumrah dan asalkan benda yang baik kita lakukan itu sudah cukup. Bukan senang untuk puaskan hati orang walaupun kita berbuat kebaikan, jadi terpulanglah pada orang ramai untuk menilainya,” kata Aaron mengakhiri perbualannya. - rotikaya Semoga Diana tetap bersabar dalam menjalankan perintah Allah, bukannya mudah tapi keikhlasan itulah yang paling penting di sisi Allah. Ramai orang beribadah tapi tak ada apa-apa sebab nak menunjuk2. Sama2lah kita saling ingat mengingati.
jom tengok fesyen muslimah terkini


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas