Friday, December 27, 2013

Bayi kritikal disyaki didera Pengasuh

KUALA LIPIS - “Pada 20 Disember lalu ketika sibuk mengemas barang di rumah, hati saya terdetik untuk melihat Ilman di dalam buaian dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia terkena sawan." Demikian kata Tengku Nurul Suhaida Tuan Ameri, 24, ibu kepada Nik Alauddin Ilman Nashif Mohd Hanif, 9 bulan yang  disyaki didera oleh pengasuh. Menurutnya, sejurus mendapati anaknya terkena sawan, dia bertindak membawa Nik Alauddin Ilman ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan. “Beberapa hari sebelum Ilman terkena sawan, saya mengesan terdapat kesan lebam pada bahagian dahinya dan ketika ditanya pada pengasuh berkenaan dia menyatakan bekas makanan jatuh pada kepala Ilman.


Tengku Nurul Suhaida berkata, hasil imbasan x-ray yang dilakukan mendapati berlaku pendarahan di dalam kepala dan kedua belah mata anaknya selain kesan lebam di bahagian lutut kiri dan lengan. “Saya terkejut ketika menerima laporan berkenaan dan pihak hospital menyatakan bahawa pendarahan terbabit mungkin berpunca akibat pukulan atau hentakan benda tumpul. “Kami masih menunggu laporan penuh perubatan dan jika disahkan Ilman didera, kami mungkin akan mengambil tindakan mahkamah,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan tindakan lanjut diambil pihak polis. - berita sinar. Aduh! kesiannya dengan anak ini...mak bapak sibuk bekerja, akhirnya anak yang jadi mangsa, hati-hati hantar ke pengasuh.

Infrared Sauna Pants
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas