Saturday, October 12, 2013

Wawa dan Airiel Zafriel Dah Berkahwin Dua Kali



PETALING JAYA – Selepas kira-kira setahun lapan bulan menepis dakwaan kononnya hubungan antara mereka sekadar kawan biasa, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku mereka merupakan pasangan suami isteri yang sudah lama bernikah secara sah.

Bukan sekali mereka bernikah sebaliknya dua kali. Kali pertama mereka bernikah pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 4 Februari 2013.

Kedua-dua majlis pernikahan dilangsungkan di lokasi sama iaitu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Airel berkata, pernikahan pertama bertujuan untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.

Katanya, pernikahan kedua bertujuan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dan dibinkan atas nama sebenar Airel iaitu Suhairil Sunari.

“Ya, kami mengaku telah bernikah buat kali pertama pada 25 Februari 2012, namun ia untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.

“Pada 4 Februari 2013, kami sekali lagi bernikah di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, memandangkan kami perlu mendapatkan dokumen pendaftaran anak,” kata Aeril pada sidang akhbar tergempar di sebuah restoran di sini semalam. - kosmo
--------------------------------

Alhamdulillah...selamat pun menikah secara sah...semoga bahagia kekal selamanya. Tapi sayang, tak sempat nak dapat sponsor dan liputan media. Tak pe lah asalkan perhubungan itu dah dihalalkan dan anak pun mendapat masa depan yang cerah bersama mummy dan daddy di sini. 
sama padan...
Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat


Anda Masalah Kelimumur? Rambut Gugur?

Ada Ubatnya


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas