Saturday, October 5, 2013

Suami Main Games, Isteri Harap Zakat

Kuala Lumpur: Jika maruah dirinya dinilai dengan wang, satu sen belum tentu layak sebagai harga seorang suami dan bapa kepada tiga anak yang sudah bertahun-tahun tidak bekerja, sebaliknya hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain permainan video ‘PlayStation’ (PS).

Keadaan itu menyebabkan, isterinya yang mahu dikenali sebagai Seha, 50, sentiasa makan hati apatah lagi apabila suaminya itu amat ringan tangan jika sikap buruknya ditegur.

“Sehari suntuk dia akan duduk depan televisyen bermain permainan video. Setiap kali ditegur supaya keluar mencari kerja, saya dan anak-anak bukan saja akan dimaki, malah kami ditumbuk dan dipukul,” kata Seha.

Seha berkata, sebelum berkahwin suaminya yang tujuh tahun lebih muda daripadanya melakukan perniagaan kecil-kecilan dan cuba mencari pekerjaan tetap selepas mereka berkahwin. “Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila dia tidak pernah kekal bekerja di satu-satu tempat. Akibatnya, sejak berkahwin kira-kira 12 tahun lalu, rumah tangga kami tidak pernah bahagia kerana masalah kewangan. - hmetro
---------------------------------------------------------------------
Berat masalah akak ni..dah la suami 7 tahun lebih muda, saya rasa masa suami akak ni nak berkahwin sebab nak bersenang lenang agaknya. Lagilah dia tahu akak ni dapat duit zakat, lagilah dia malas nak kerja .Memang ramai lelaki kat luar sana yang malas nak kerja dan suka ambil kesempatan atas kerjaya seorang wanita. Lebih-lebih lagi bila si perempuan tu menunjuk-nunjuk yang dia tu punyai keewangan yang stabil, mestilah lelaki tu suka. Kalau boleh sebelum kahwin tak paya nak tunjuk-tunjuk harta kita pada bakal suami, biar dia tahu kita ni sengkek dan apa itu tanggungjawap. Masa itu lah kita boleh uji dia. Adakah dia nak kat kita sebab nak senang lenang ke atau betul-betul nak berikan komitmen pada keluarga. 
Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas