Wednesday, October 23, 2013

Suami Baran Terajang Isteri Dalam Lif Insaf nak kan isteri kembali


BUKIT MERTAJAM - Seorang pegawai veterinar yang berdepan hukuman penjara setahun dan denda atas tuduhan membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital Ogos lalu berharap wanita itu berfikir sedalam-dalamnya mengenai hubungan mereka.

Ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini selepas selesai prosiding semalam, tertuduh, Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum mengenai kenyataan isterinya sebelum ini yang tidak lagi mahu kembali ke pangkuannya.

"Saya berharap perkara itu difikirkan semula. Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, Majistret Ariff Mohamed Sharif menetapkan 21 November depan sebagai tarikh untuk menyambung perbicaraan kerana dokumen kes itu masih belum lengkap.

Mengikut kertas pertuduhan, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang merupakan pekerja kilang berusia 36 tahun.

Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - hmetro
--------------
Korang ingat tak dengan mamat ni yang belasah bini dia dalam lif, siap sepak terajang lagi tu...sampai terbukak tudung isteri dia...tapi isteri dia tak melawan pun....
Sekarang agaknya dia ni dah insaf...nak kan isteri dia kembali. Agak-agak, kalau lah isteri dia tak kembali kepada dia, perempuan mana yang berani nak dekat dengan lelaki ni....silap kena balik sepak terajang...semua wanita tak sanggup! Tapi terpulanglah pada isteri dia ni...Kita doakan yang terbaik tuk couple ni..
Lawal betulla...mamat ni...hehe 

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas