Saturday, October 12, 2013

Shahrukh Khan Dedah Rahsia Filem Bollywood Meletop dan Rumahnya

SYDNEY - Bintang filem terkenal India, Shah Rukh Khan menganggap filem-filem Bolyywood menjadi popular disebabkan terdapat semangat kekeluargaan yang ditampilkan di dalam filem tersebut, lapor agensi berita AFP semalam. Shah Rukh turut menyatakan selain semangat kekeluargaan itu, tarian dan lakonan yang serius telah menyebabkan filem-filem Bollywood menjadi popular dalam kalangan penonton. "India mempunyai kepelbagaian penduduk yang berjumlah 1.2 bilion dan terdapat golongan yang tidak terlalu kaya di beberapa tempat.
"Apabila seseorang itu menonton televisyen, mereka akan berfikir ia merupakan satu majlis untuk seisi keluarga untuk sepanjang tahun. "Justeru, nenek dan cicit juga menonton filem di pawagam," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia di sini. Dia menyatakan demikian sebelum menamatkan lawatannya ke Sydney untuk menghadiri festival seni Parramasala. Menurut Shah Rukh, ekoran tabiat menonton penduduk India itu, seseorang itu perlu menghasilkan filem yang menampilkan aksi-aksi menarik untuk setiap orang. Antara aksi itu adalah seperti terdapat adegan pergaduhan, menyanyi, menangis, kegembiraan, lagak ngeri dan kemuncak kepada jalan cerita yang dipertontonkan kepada orang ramai. Shah Rukh pernah berlakon dalam filem Chennai Express yang mencipta kutipan pecah panggung di India.
Menurutnya, semangat kekeluargaan dalam filem-filem Bollywood itu telah menjadi daya tarikan untuk penonton dari negara lain menonton filem-filem Bollywood. "Beberapa peminat di Jerman menyatakan, filem-filem India menyediakan elemen itu yang menyebabkan anda berasa tersentuh (dengan unsur-unsur kekeluargaan)," katanya. "Ia menyebabkan anda terasa kembali kepada budaya dan tempat asal anda. Orang ramai mahu mengimbas kenangan lama dan semua perkara yang baik-baik," katanya. - Agensi





Besarnya rumah dia...macam istana raja dari india..Memamng dia pernah berlakon jadi raja, putera raja, anak orang kaya raya...dia mampu milikinya.

Keluarga bahagia...semoga isterinya terbuka untuk menerima islam

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas