Monday, October 7, 2013

"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang.



"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah RM7.2juta untuknya.

Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.

Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.

Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.

Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.

"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.

"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.

Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.

"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.

Keluarga & kerjaya

Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan,  Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik.

"Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga.

"Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya.

"Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya.

Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk ‘Tanaka’ selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna.

"Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus.

"Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang.

"Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya. - berita sinar
----------------------------
Rumah untuk ibu Nadem... bagus seorang lelaki yg mengutamakan ibubapa dari kekasih...itualah contoh yang baik. Zaman sekarang ni, berapa kerat la ...lelaki nak bagi haiah tuk ibu, nak bagi duit bulanan pun bertahun2 tak bagi, tapi nampak islamik habis...
Itulah kita jangan cepat judge orang lain..
-----------------------------
Semoga terhibur
Hot and Cold Hammer
Ingin Miliki Wajah Yang Runcing? Risau Dengan Wajah Yang Tembam
Cuba Hot and Cold Hammer!!


Deodorant Minyak Kelapa Dara

Tiada bahan kemikal yang bahaya sperti deodorant biasa yang membawa kanser payudara
Cegah Kanser dari awal

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas