Thursday, October 10, 2013

Perempuan China Pulak Gila Plastik Surgery




Beijing: Semakin ramai pelajar di China menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki gaya dan penampilan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan dengan lebih mudah selepas menamatkan pengajian. 

Media tempatan melaporkan, pembedahan plastik paling banyak dilakukan pada cuti musim panas dan musim dingin. 
“Mereka sanggup berbelanja besar dan pergi ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan. Tahun lalu, kira-kira 25 peratus pesakit yang menjalani pembedahan plastik adalah pelajar dari China,” kata laman web asiaone. 

Agensi Pelancongan Korea melaporkan, 30,000 rakyat China memasuki Korea Selatan tahun lalu menggunakan visa pelancongan kesihatan. 

Tingkat keyakinan diri 
Laman web itu melaporkan, mereka memilih untuk menjalani pembedahan plastik untuk meningkatkan keyakinan diri dan berharap mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik. 

“Pembedahan yang paling kerap dijalankan ialah di bahagian mata dan hidung. Selain itu, pembedahan dilakukan untuk membentuk kembali wajah, termasuk konfigurasi tulang rahang dan menyedut lemak,” kata laman itu. 
Pelajar Universiti di Qingdao, wilayah Shandong, Zou Jiahong, 22, adalah antara tujuh juta mahasiswa di China yang akan menamatkan pengajian tahun depan yang menjalani pembedahan plastik. 

“Saya sudah ditemuduga untuk beberapa pekerjaan. Walaupun penemuduga tidak memberitahu secara terbuka, mereka nampaknya lebih cenderung memilik orang cantik,” katanya. 

Keluarga sokong 

Dengan sokongan kedua-dua ibu bapanya bulan lalu, Zou berlepas ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan plastik dan kelopak mata. 

“Selepas pembedahan itu ayah saya memberitahu saya sudah berubah daripada itik hodoh menjadi seekor angsa putih yang cantik. Saya percaya, sedikit perbezaan akan meningkatkan peluang untuk saya mendapat pekerjaan lebih baik,” katanya. 

Fenomena membimbangkan 

Bagaimanapun, pakar sosiologi dari Akademi Sosial Anhui, Wang Kaiyu melahirkan kebimbangan mengenai fenomena ini. 

“Mencari pekerjaan bukan pertandingan ratu cantik. Bakat dan kemampuan tetap menjadi faktor yang paling penting,” katanya. 
AGENSI
-----------------------------------------------

Kalau dah pernah buat pembedahan plastik, mesti nak buat lagi sebab manusia ni mana ada yang perfect...dia akan sentiasa mencari dan mencari kesempurnaan di wajah. Apa yang paling penting adalah kecantikan dalam yang mengandungi 80% daya penarik dalam diri manusia, fokus pada yang 80% bukannya yang 20%. Jadi seorang yang berjiwa kental, tahan lasak, berkeyakinan tinggi dan berwawasan.
Harap-harap orang malaysia tak la terikut-rikut sangat dengan pembedahan plastik ni...

Cuba tengok Tegar, seorang kanak-kanak biasa, tak la hensem mana pun, tapi sekarang dah dapat menawan seluruh indonesia, malaysia, brunei, singapura...dasyat tu...
Fokuskan pada kekuatan dan bakat dalaman yang kita ada insyallah berjaya


Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas