Friday, October 11, 2013

Novel - Dont Cry Liya




“Kali ini kau tak akan lepas!, aku akan pastikan kau merempat dan merana seumur hidup kau!” Liya tetap terus melarikan diri di celah-celah lorong sempit di belakang bangunan kedai lama yang kotor dan usang. Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk berlari sekuat hatinya walaupun dia sedar dia hanya seorang gadis yang masih lagi kerdil dan mentah. Dia tidak pasti di mana dia akan berhenti. Dia terus berlari terus berlari menuju satu destinasi yang dinamakan kebebasan, ketenangan dan kebahagiaan. 

London, sebuah kota yang besar. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian bagaimana, dimana? Dia tidak tauh apa-apa. Perut semakin lama semakin berbunyi, dia lapar. 

Menadah tangan untuk meminta simpati dia tidak dihiraukan oleh orang sekeliling. Dia tidak punyai sebarang wang dan tidak punyai identiti diri. Ligatnya sedang diperhatikan oleh seseorang. Dia berasa tidak selamat lagi. Kecut perut rasanya, dan terus hilang rasa lapar dan dahaga. Dia melabuhkan diri di sudut yang terselindung untuk bersembunyi. Dia tidak pasti siapa yang sedang memerhatikan pergerakan dirinya. 

Kepenatan yang melampau, menyebabkan otaknya terus lena walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan kesejukan yang melampau. Dia mahu tidur dan hilangkan segala penat lelah dan segala masalah yang menyelubungi dirinya. 

Airport Heathrow

Terjaga dari lena, dia nampak begitu ramai orang sedang lalu lalang dengan membawa beg besar. Ya! dia pasti pernah melalui tempat ini suatu masa dahulu. Sewaktu dia diculik dan mengikut lelaki kulit putih. Lelaki itu jugalah yang dia pernah juga sewaktu di kampung Bandung seawal umurnya 5 tahun. Dia tidak ingat bagaimana digulakan oleh lelaki itu sehingga dia sudah tiba di tempat asing ini. Dia inginkan belaian kasih sayang seorang dari ibubapa. Namun, dia hanya sendirian. Kakinya tetap melangkah dan terus melangkah menuju orang yang berpakaian seragam. Sudah pasti mereka ini baik.

"Do you have a name? What should I call you? Is theres anybody with you?"

Soalan itu berulang kali ditanya. Dia tidak mampu berkata-kata. Namun, dia faham akan maksudnya, dia hanya mengharapkan sebuah perlindungan dari mereka. 

bersambung
-------------------------------
Mesej: Beribu-ribu kanak-kanak dari negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Mynmar diperdagangkan setiap hari ke serantau Eropah. Ada yang dijadikan hamba sejak dari kecil. 




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas