Tuesday, October 15, 2013

Nabila Terlampau Sayang Anak Sampai Bawa Ke Lokasi Pengambaran

Bersyukur hidup secara sederhana tanpa limpahan duit, Abil juga menolak anggapan sesetengah pihak yang mengatakan artis sering memburu golongan VIP kerana tamakkan duit.

Bagi Abil, dia tidak perlu hipokrit menyayangi golongan tersebut semata-mata kerana duit tetapi hatinya tidak gembira.

"Saya bersyukur dengan kehidupan seperti ini. Saya tidak pernah terfikir untuk kejar Tan Sri atau orang kaya. Sebabnya, saya tidak mahu hipokrit menyayangi mereka tetapi perasaan sendiri tidak gembira," luahnya yang sesekali memeluk Keisha ketika sesi temu bual berlangsung.

Ujar Abil, sebagai seorang yang hidup dalam dunia realistik, dia hanya memerlukan seorang lelaki biasa yang mampu dipertanggungjawabkan sebagai ketua keluarga selain menyayangi dirinya sebaik mungkin.

Begitu juga dalam bidang lakonan apabila dia tidak pernah meletakkan standard agar sesebuah produksi itu perlu membayarnya mahal melihat populariti yang dikecapinya sekarang.

Ujar Abil, dia sentiasa ingat asal usul dan sentiasa mengingatkan diri supaya tidak mementingkan duit sebaliknya memikirkan kebahagiaan anak dan dirinya.

"Sejak dahulu, saya tidak pernah meletakkan harga perkhidmatan saya setiap kali dipanggil bekerja. Ini kerana, saya gembira dengan pekerjaan saya dan saya percaya pihak penerbit boleh menilai harga kerja saya dari semasa ke semasa. Kini, kebanyakan penerbit meletakkan harga yang hampir sama untuk mendapatkan khidmat saya sebagai pelakon mereka," ujarnya.



"Saya sebenarnya tidak boleh berjauhan dengan dia (Keisha). Disebabkan itu, jika melibatkan penggambaran selama seminggu lebih saya akan membawanya ke lokasi," jelas Abil.

Bakal pulang menyambut Aidiladha di kampung neneknya, di Johor Bahru, Abil turut berkongsi erti pengorbanan sebagai seorang ibu dan juga pelakon.

Bagi Abil, pengorbanan paling besar yang dilakukannya apabila menjadi pelakon, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak dan dirinya.

"Saya sedar kehidupan saya menjadikan masa untuk bersama Keisha dan juga diri sangat terhad. Namun, saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya buat (berlakon) kerana ia membuatkan saya gembira," tuturnya.
sumber  - kosmo
---------------------------------------
Saya memang salah seorang peminat Nabila, suka dengan cara dia berlakon dan menghayati sesuatu watak tak kira baik atau jahat semuanya menjadi...bila tengok citer teduhan kasih rasa macam benci nya pada dia, bila tengok watak baik pulak kesiannya....dia teraniya...hahahahha
Dia sememangnya berjiwa lembut, aku pernah tengok ramai mak2 ibu sanggup tinggalkan anak berminggu-minggu sebab kerja. terutama yang kerja petronas dan sewaktu dengannya.... di mana tanggungjawap sebagai ibu? adakah kerja lebih penting dari anak? Saya respek dengan Nabila yang sentiasa bertanggungjawap...walaucamne pun bawa anak ke mana saja.
semoga bahagia dan diketemukan papa yang baru tuk Kiesha
Seorang anak lebih perlukan ibu dari bapa...fikirkan...
Penaja

Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas