Sunday, October 13, 2013

Malang Ayah Bertimpa-timpa

Kuala Lumpur: Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak empat bulan lalu apabila dua anaknya berusia 10 dan lapan tahun hilang secara tiba-tiba.
Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa lalu. 
Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya. 


Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya. - hmetro
--------------------
Sedihnya dengan abang ni...semoga polis cepat-cepat ambil tindakan mencari budak lelaki yang hilang. Dah lumrah kanak-kanak umur camtu memanglah sangat buas, anak pulak ramai, yang masih kecil perlukan perhatian pulak tu....sepatutnya abang ni minta pertolongan saudara mara tuk jaga anak dia sementara dia pergi KL. Di KL ada ramai orang samseng, cari budak tuk minta sedekah export ke luar negara. Kes ni belum terlambat sekirannya polis cepat ambil tindakan. 
Gambar budak pun tak tak ada...kan dah susah nak cari
-------------------------------------------------------------
Kalau ada gambar kan senang...


Penaja
Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat




Anda Masalah Kelimumur? Rambut Gugur?

Ada Ubatnya

3 comments:

  1. Mohonlah pertolonganNya dengan istiqomah & yakin, pasti akan berhasil..
    Setiap yang berlaku pasti ada rahsia dan pengajarannya...
    Didoakan semoga keadaan pulih seperti sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121116/wj_04/Saya-takut-pergi-ke-mana-mana-kerana-tiada-MyKad

    ReplyDelete
  3. dlm citer kat atas mohd syah duk umah anak yatim
    dlm link tu mohd syah dibela oleh bapak angkat seorg anggota polis
    sebenarnya dua2 citer tak betul

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas