Sunday, October 6, 2013

Madonna Pernah Diperkosa dan Sekarang Belajar Al Quran

terkini

awal 20an

Los Angeles: Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.
“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar. 
“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna. 


Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York. 
Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor. 


Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ. 



“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu. 



Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan. 



“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan. 



“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio. 



“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu. 



Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York. 



“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf. 



“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan. 



Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. - AFP
---------------------------------------
Alhamdulillah walaupun madonna nampak seksi abis dan beraksi bermacam gaya seksual, tapi hati kita tak tahu camne, hanya Allah yang tahu, samaada di mati dalam islam atau tidak.. sekirannya hatinya dah terbuka nak mendalami al quran insyallah hati nya mungkin terbuka untuk islam, dia dah mula nak bertadarus mengaji, kita bila lagi...
Aku teringat suatu hadis orang alim yang mati dalam kekafiran dan kesombongan dan pelacur yang mati dalam islam masuk ke syurga, jadi sama-samalah kita bersangka baik sesama kita. Kita sendiri pun tak tahu bilakah dan bagaimanakah akhirnya riwayat kita. 

-----------------------
Penaja

Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

Bulu baru tumbuh lebih lambat dan halus dan lembut. 

Wax dari bahan semulajadi madu dan green tea

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas