Tuesday, October 29, 2013

Kisah Benar Terperangkap Dengan Jin Jelmaan Ular

Kisah ini benar-benar berlaku pada seorang pemuda bernama Gus. Dia sebelum ini tidak pernah percaya pada hantu dan sebarang makhluk halus. Gus seorang positif dan punyai fikiran yang boleh dikira dari segi saintifik saja. Maksudnya setiap kejadian mesti ada bukti saintifik, pengiraan. Begitulah...
Satu hari dia didatangi oleh kawannya Mustafa.

"Ko nak join tak satu progam cabar hantu?"
"Camne tu?"
"Kau percaya pada hantu?"
"Mana ada hantu....wei!!! ko ni..memanglah dah ketinggalan zaman, kita sekarang ni zaman moden. Mana ada hantu-hantu ini..."

Ok...kalau camtu aku cabar kau!
"Aku ni pantang di cabar-cabar! Apa yang aku kena buat?"
"Kau tak perlu buat apa-apa...just duduk saja kat semak. Pastu ada sorang bomoh ni dia akan tunjukkan hantu yang dia bela."
"Kau nak tak?"
"Pecayalah kau bomoh-bomoh ni... diorang ni semua penipu..."
"Baik! Kalau kau ingat semua bomoh-bomoh ni penipu, kau berani?"
"Aku ON bro!! bila?"

Gus sedang duduk bersila di tepi semak tepat pada pukul 12 malam. Hatinya tidak begitu berdebar. Dia masih lagi percaya yang tiada hantu dan bomoh-bomoh ini semuanya penipu dan pencopet duit orang. Dia ingin tahu sejauh mana bomoh tu boleh tunjukkan hantu jin apa ke apa saja makhluk gaib yang dia bela. 

Malam masih lagi sunyi. Kawan-kawan Gus, Mustafa dan dua orang lain duduk 500 meter dalam kereta. Sambil menghisap rokok dia berborak bersama rakan-rakan yang lain. 

"Woi! bomoh tu dah start la...dia dah mula baca jampi serapah!"

Tak lama kemudian Mus kedengaran bunyian-bunyian anjing, yang mengaum sayup-sayup kedengaran. Ada juga bunyi itik, ayam dan binatang-binatang yang lain. Bunyian itu tidak seperti biasa yang dia pernah dengar sebelum ini. 

"Korang dengar tak?"
"Pergh!! naik bulu roma aku!! seram"

Mus dan tiga lagi rakan memanglah penakut, dan tak seberani Gus. Namun, mereka nak tahu sejauh mana Gus boleh duduk bersila di semak di tengah malam. Mereka rasa takut tapi sebab mereka berempat, jadi rasa ketakutan itu boleh dihakis bersama sambil borak-borak kosong dan menghisap rokok. 

Gus rasa ada sesuatu yang datang menghampirinya. Seperti ada seseorang yang duduk dekat dengannya. Bulu romanya naik menegak, dia mula rasa takut. Tapi dia masih lagi ego! 

"Ah! pedulikan...mana ada hantu! Ini semuanya karut!" detik hatinya.

Tapi dia tidak berani buka mata, seperti dia sedar ada sesuatu yang datang menghampirinya. Dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Di lihat tidak ada apa-apa, tidak ada sesiapa. Kemudian dia tutup matannya kembali. Mulutnya kembali mengucap dan membaca ayat-ayat al quran yang dia pernah ingat sebelum ini. 

Jantungnya berdegup kencang. 
"Ada apa pulak ni??"

Tiba-tiba ada seekor ular yang sedang terngaga berdepan dengannya. Apa lagi! Gus terus bangun dan lari!
Wajah ular itu masih lagi terbayang-bayang di mata, walaupun dia sudah tiba bersama dengan kawan-kawannya. Mulutnya bagai terkunci dia tak mampu berkata apa-apa. 

Malam itu semasa dia tidur, dia terasa ada sesuatu yang licin menghampirinya...

Ya Allah!!! ular!! 

Dia bangun dan terus keluar dari rumah. Dia seakan tidak percaya, ular yang sama mengekorinya dan mengikutnya sampai ke rumah. Tapi bukan seekor tapi banyak! Terlalu banyak!

Gus insaf, sekarang dia perlu keluar dari konkongan ular. Dia bertekad mencari seseorang yang boleh dibantu. Dia perlu keluar dari gangguan jin ular. Dia sudah terperangkap!

---------------------------------
Jadi jangan sesekali terperangkap dengan mana-mana jin. Mereka semuanya makhluk Allah dan percayalah makhluk gaib itu benar-benar wujud bersama kita. 

Relax ...jom sapa nak ikut? Kita orang nak beli burger. hehe

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas