Tuesday, October 8, 2013

Kereta Jimmy Shanley Terbakar

Kampar: Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.
Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.

Menurutnya, orang awam yang mengesyaki ia ada kaitan dengan perbuatan jenayah lalu segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk memaklumkan kejadian itu. - hmetro

------------------------------------------------------------------------------



Ini kes rompak kereta la ni....selalunya pencuri2 ni tak fikir panjang, nampak je kereta lain dari lain terus nak rompak...lepastu bakar pulak...apa yang dia dapat tak tahu la...aku tak la berapa minat sangat pada Jimmy, tapi since dia jadi bapa tunggal pada anaknya dan seorang bapa yang penyayang, aku rasa dia ni seorang yang penyayang, bukan senang nak dapat lelaki yang penyayang... untung siapa yang dapat menawan hati dia untuk kali ke dua


Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat
Memutihkan, Menggebukan dan Mengurankan Kedutan Kulit Dengan Pantas


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas