Monday, October 14, 2013

Imej Terkini Almy Nadia


“Kehadiran pelakon-pelakon baharu mungkin menjadi punca saya kurang mendapat tawaran berlakon kerana saya bukanlah seorang yang suka melobi untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan itu.
“Saya lebih suka sekiranya mereka memandang kepada bakat saya. Malah, pada ketika itu agak sukar untuk menyara keluarga saya dengan bayaran yang sekecil itu tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah Tuhan berikan.
“Di samping itu juga, saya bersama ibu saya turut menjual karipap secara kecil-kecilan kerana saya hanya akan lakukan kerja yang halal dan kerja yang bermaruah, Malah, orang yang sentiasa membantu mempromosikan karipap ini ialah Fizz Fairuz,” ujarnya.
Tegasnya, dia tiada perasaan segan ketika itu walaupun sehingga menitiskan air mata untuk mendapatkan pekerjaan.
Tinggalkan kisah sedih Almy dan perhatian ini difokuskan kepada persoalan bilakah Fizz Fairuz akan melamar Almy Nadia?
Soalan yang masih belum terjawab kerana Fizz sebelum ini pun tidak memberi tarikh sebenar dia bakal melamar Almy.
Justeru, apakah jawapan daripada Almy pula?
Sepatah jawab Almy: “Nantikan.” Malah, ketika ditanya mengenai bagaimana dia boleh memaafkan Fizz setelah insiden tersebut, ujar Almy, setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang itu ataupun membencinya.
Tambah Almy: “Jangan membenci orang kerana takut ia akan terpalit pada diri sendiri. Tempoh untuk saya kembali memaafkannya selepas berlakunya insiden tersebut harus ditanyakan kepadanya (Fizz Fairuz).
“Ini kerana saya tidak mahu komen apa-apa kerana sejak berlaku dugaan yang bertimpa-timpa, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi selepas sebelum itu saya sering memberikan komen dan tiba masanya untuk saya mendiamkan diri sahaja,” katanya.
Almy yang kini tampil dengan imej baharu, inginkan suatu pembaharuan dalam diri dan kerjayanya.
“Saya harus bersaing dengan pelakon-pelakon baharu, jadi saya mengambil keputusan untuk memotong rambut dan menjaga penampilan agar nampak kelainan dan mengharapkan ditawarkan watak-watak muda,” katanya. - hmetro
---------------------------------
Memanglah sukar nak dapat tawaran berlakon walaupun sudah mengukir nama di persada seni tanah air rupanya...Ini adalah cabaran tuk Almy sekirannya dia benar-benar minat dan berbakat dalam area lakonan walau seteruk mana sekalipun dia kena tetap dan tabah menghadapi segala dugaan sebab rezeki ni kita tak tahu bila Allah nak bagi...yang penting konsisten dan teruskan minat dan kerjaya masing-masing. Ada sesetengah orang sanggup tinggalkan kerjaya yang diminati disebabkan nak dapatkan kerja gomen, walhal saya tengok dia memanglah berbakat dalam make up2 ni...tup2 tak tahan dan nak minta kerja. Cari kerja bukan dalam minat kita memanglah senang, jadi aja kerani, di mana2 semua orang perlukan tapi nak bersabar dan bertahan dalam bidang yang kita minat tu yang susah. Kalau kita tetapkan diri dan teruskan juga saya rasa minah makeup ni ada peluang cerah sebab dia masih lagi muda dan berbakat. 
Well...masing-masing punyai pilihan masing2. Tahniah pada Almy walaupun tidak dapat tawaran berlakon,masih lagi berusaha dan masih lagi dalam industri ni....
----------------------
semoga terhibur

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas