Tuesday, October 29, 2013

Imej Terbaru Mizz Nina Setelah Pulang dari Haji





Sebelum pasangan ini terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, ramai yang mula skeptikal sama ada mereka akan mengubah gaya hidup selepas pulang ke Malaysia lebih lebih lagi si isteri yang terkenal dengan aktiviti seninya yang sangat moden.

Melalui gambar gambar terbaru yang dikirimkan ke Instagram, Mizz Nina nampaknya sudah mula memakai tudung secara penuh selepas pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya baru baru ini dan ramai bertanya adakah ianya kekal atau sementara.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Mizz Nina mengesahkan yang beliau kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Jumaat lalu.

“Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung,” ujar Joe Saiful, pengurus penyanyi itu. - rotikaya

-------------------
Alhamdulillah....seorang yang begitu aktif dengan seni muzik rancak hip hop tiba-tiba berubah. Nak berubah, dia perlu korbankan segala kerjaya seni muziknya berala disco rock tu...
Ini pasti berkat doa suami dan ibubapa Mizz Nina yang selama ini banyak berdoa pada dia. Tidak ada sesiapa yang suruh dia bertukar imej apatah lagi dengan bertudung, dia lakukan sendiri. Inilah dinamkan hijrah. Semoga Mizz Nina sentiasa istiqomah dalam imej yang baru. Insyallah ....amin

Tuan aku ni dah kacau tempat aku ni....hehehe

Penaja
IOn Vapor Steamer
Hot and Cold Facial Steamer
Tahukah anda, hanya dengan wap panas, segala kotoran dan logam yang melekat diwajah dapat ditanggalkan dengan mudah? Kotoran yang melekat akan menjadikan wajah anda lebih kusam, jeragat dan lesu. Jom klik

Wax Machine

Wax Machine




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas