Monday, October 14, 2013

Donnie Yen dari China pun buat filem gangster

PENGALAMAN selama 31 tahun menjadi seorang pelakon banyak mengajar aktor tersohor Hong Kong, Donnie Yen dalam membuat keputusan. Dari segi karier lakonan, Donnie pernah tersilap langkah sehingga menyebabkan dirinya hampir muflis.

"Pada tahun 1997, saya pernah ingin mencuba dalam bidang pengarahan. Ketika itu memang tidak dinafikan saya terima banyak tawaran berlakon. Namun, kerana ingin fokus terhadap filem arahan pertama saya, Legend of the Wolf saya menolak kesemua tawaran yang datang.

"Akibatnya, tanpa saya sedari, saya hampir muflis dan sejujurnya dalam akaun bank saya hanya tinggal HKD10 (RM4.10) sahaja.

"Saya juga gagal menyiapkan filem itu dalam masa yang ditetapkan," imbas Donnie ketika ditemui pada majlis sidang akhbar mempromosi filem, Special ID yang bertempat di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Donnie, usaha kerasnya itu berbaloi kerana akhirnya, filem tersebut berjaya meraih pencalonan menerusi kategori Pengarah Muda Terbaik pada Festival Filem Yabari Fantastic 1998 di Jepun.

Menceritakan tentang zaman awal kemunculannya sebagai seorang pelakon, ungkap Donnie, dia pernah dikritik hebat oleh masyarakat dan pihak produksi yang meragui bakatnya sebagai seorang pelakon.

"Pada awal kemunculan saya dalam bidang lakonan, saya telah terima banyak komen negatif dari pelbagai pihak.

"Antara komen yang diberikan ialah kemampuan dan bakat saya sebagai pelakon serta fizikal saya yang disifatkan terlalu pendek untuk memegang watak hero.


"Bagaimanapun, menepis segala kritikan negatif yang dilemparkan, saya cuba untuk positifkan diri saya sendiri dan percaya pada rezeki. Saya sentiasa berusaha keras untuk mencapai tahap yang dikecapi kini," tutur aktor kelahiran China ini. -kosmo

-----------------------------
Sebenarnya saya pun tak kenal dengan Donnie Yen ni...tapi kisah biografi hidupnya penuh dengan ranjau dan dugaan...terlibat dalam industri hiburan ni memanglah payah...tinggalkan aja kalau tak ada minat yang benar-benar mendalam. DonnieYen tabah kerana minatnya dalam bidang filem dan lakonan amatlah tinggi...sekarang dah 50 tahun masih lagi berlakon watak muda dan gangster.
Rata2 sekarang seluruh dunia termasuk china dan malaysia filem genre gangster mendapat pulangan yang lumayan...producer kenalah fikir kesan pada orang awam juga
Dah abis musim filem seram, sekarang ni orang nak tengok citer2 gangster...
apa agaknya impak pada budak2 muda? jaga-jaga sekarang orang semakin berani kasi tembak aja..


Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat



Anda Masalah Kelimumur? Rambut Gugur? klik gambar

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas