Monday, October 7, 2013

Budak 17 Tahun Bunuh 18 tahun dalam PLKN


PEKAN: Enam pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan berasingan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelatih mereka pada September lalu.
Seorang tertuduh berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Latihan Khidmat Negara Pinggiran Pelangi Muadzam Shah pada 22 September lalu antara jam 1.30 petang dan 10.30 malam.
Manakala lima lagi tertuduh berusia 17 hingga 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada tarikh sama pada jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh dan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes. - hmetro

------------------------------
Camnelah boleh sampai membunuh? Budak zaman sekarang ni, macam2 hal ada yang merogol, yang paling dasyat membunuh, ini bukannya kes nak pertahankan diri tapi sengaja buat pasal nak cari gaduh sama-sama satu kem. 
Jadi warden kenalah ambil tahu, pasal pelatih bergaduh ke apa2 dah la mak bapak diorang serahkan dengan cara baik, kembalikan lah dengan cara baik....
Semoga si pembunuh ni bertaubat dan yang si mati ditempatkan di bersama golongan orang yang mati syahid. amin
Penaja
Hot and Cold Hammer
Ingin Miliki Wajah Yang Runcing? Risau Dengan Wajah Yang Tembam

Cubalah hot and cold hammer
Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas