Friday, October 18, 2013

Awas! Sindeket Penipuan Haji Guna Ilmu Pukau



Pihak Polis menasihati orang ramai terutamanya golongan yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah ini supaya berhati-hati semasa berurusan dengan individu mahupun sindiket yang menawarkan pakej perkhidmatan mengerjakan haji atau umrah. Antara modus operandi mereka ialah :

Suspek (individu atau kumpulan) ke rumah pengadu dan menawarkan pakej perkhidmatan menunaikan haji atau umrahkepada pengadu dan isteri serta meminta wang proses pergi haji atau umrah.
Pengadu terpengaruh seperti dipukau lalu menyerahkan harta benda dan sejumlah wang yang banyak untuk proses terbabit.
Suspek memberitahu akan datang kembali untuk membawa pengadu dan isteri ke Lembaga Tabung Haji tetapi hingga sekarang suspek tidak datang.
Pengadu serahkan wang kepada suspek untuk uruskan jemaah umrah beserta pasport tetapi sehingga kini suspek masih memberi alasan dan berjanji pulangkan wang pengadu tetapi gagal.
Tolong sebarkan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas