Friday, October 11, 2013

Apa Nasib 6 Beradik Yang Ditinggalkan Kelaparan?




SHAH ALAM – Nasib enam beradik terbiar kelaparan yang dilaporkan Sinar Harian 6 Oktober lalu akan ditentukan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini, bagi memutuskan siapa yang layak menjaga mereka.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, perkara itu dirujuk ke mahkamah bertujuan untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara bagi enam bersaudara itu.

“Sementara itu, kedua-dua ibu bapa mereka akan diberikan khidmat kaunseling supaya sedar akan kesalahan dan pengabaian anak-anak yang tidak berdosa itu,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

Rodziah turut memaklumkan, salah seorang daripada enam beradik berkenaan mempunyai masalah kelainan upaya melibatkan deria penglihatan akibat demam panas.

“Manakala anak sulung yang berusia sembilan tahun tidak pernah mendapat pendidikan kerana masalah keperitan hidup kesan daripada tiada sumber pendapatan tetap. Rumah yang didiami mereka juga dibina atas ihsan kerajaan negeri melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.

Menjadikan kes berkenaan sebagi satu pengajaran kepada masyarakat, beliau mahu jiran tetangga lebih prihatin dan sensitif dengan persekitaran supaya insiden pengabaian anak, keganasan rumah tangga dan pelbagai jenayah keluarga tidak berulang lagi.

Katanya, masyarakat wajar memainkan peranan apabila ibu bapa yang diamanahkan ALLAH itu tidak boleh menjalankan tanggung jawab mereka.

“Tidak perlu tunggu sehingga perkara ini menjadi tajuk utama akhbar baru ‘bunyi’ untuk hulur bantuan dan bertindak. Sepatutnya apabila dengar sahaja perkara seumpama ini wujud dalam kawasan kejiranan segeralah berhubung dengan pejabat Dun,” katanya. - berita sinar

-------------------------------------------

Apa guna duit zakat banyak berjuta-juta, kalau orang yang sepatutnya dapat pebelaan masih terbiar macam kes adik-beradik yang malang ni...dah bertahun-tahun hidup susah, sepatutnya pihak zakat teliti keluarga yang menerima zakat ni, duit nya kemana? Adakah sampai kepada golongan target, adakah budak-budak ini dapat manfaat dari zakat ni? Jadi pekerja zakat perlulah diramaikan bukan hanya cari pekerja yang duduk dalam aircon dan ofis memanjang...yang ramainya admin goyang kaki, sepatutnya ramaikan orang yang keja luar. Dari dulu lagi camtu..bila nak berubah tak tahula...tak takut ke nanti Allah tanya duit zakat tu kemana?

-------------------------------------


anak-anak ni adalah amanah, kita perlu berikan kasih sayang..jangan sesekali abaikan..
Tengok tu...happy je Kiesya bersama mummy


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas