Sunday, October 27, 2013

16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci 2013


ALOR SETAR - Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, segala urusan pengkebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini.

"Petugas Tabung Haji yang berada di Makkah akan memaklumkan kepada saya sekiranya ada jemaah haji kita yang meninggal di sana supaya pihak kita dapat memaklumkan kepada waris si mati,” katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga seorang jemaah yang meninggal dunia di Makkah, di Kampung Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena dekat sini hari ini.

Abdul Azeez menziarahi keluarga Allahyarham Jasin Taib, 73, yang meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz di Jeddah pada Isnin lalu akibat sakit tua.

Rombongan Tabung Haji hadir di kediaman keluarga Allahyarham bagi menyampaikan bantuan khairat kematian kepada anak sulung Allahyarham, Ghazali, 52.

Abdul Azeez berkata, Allahyarham merupakan jemaah ke-15 yang meninggal dunia di Makkah dan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Syara’ik di Makkah.

Beliau berkata, isteri arwah, Siti Aminah Abau, 70, dan anak bongsu, Abdul Rashid, 40, yang turut serta menunaikan haji akan pulang ke Malaysia pada 14 November ini.

Abdul Azeez berkata setakat ini, lebih 2,000 jemaah haji Malaysia telah pulang ke Malaysia dan penerbangan terakhir bagi musim haji kali ini adalah pada 17 November.

Sementara itu, Ghazali berkata, arwah ayahnya sepatutnya menunaikan haji pada tahun lepas tetapi disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, tahun ini baru arwah boleh ke sana.

"Arwah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum berangkat, arwah sedikit bimbang untuk ke sana kerana tidak berapa sihat. Ayah dah lama simpan duit untuk ke Makkah. Dia bekerja buat bendang dan hasil duit itulah membolehkannya pergi menunaikan haji dengan mak,” katanya. - Bernama



Inilah kubur di Arab Saudi, kalau meninggal di Mekah, kenalah share2 kubur sebab dah cukup tempat untuk letak tanda bagi satu lobang satu kubur. Walaupun begitu, meninggal dunia di Mekah adalah tempat yang suci di mana ramai ulamak, sahabat pun meninggal dunia di Mekah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat amin.


Banyakkan sedekah, semoga ianya menjadi bekalan untuk menerangi kuburan kita di walaupun meninggal di mana saja. Amalan lebih utama. 
amin
Penaja

Hot and Cold Facial Steamer

Hot and Cold Facial Steamer
Buat Apa Belanja Salon Mahal2, Kan Senang Buat Sendiri Di Rumah Sambil Tengok TV

Wax Machine

Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas